ARTIKEL

Penamaan calon, buka gelanggang rebut 245 kerusi DUN hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mulai 9 pagi hari ini, calon daripada parti yang bertanding serta calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan di 173 pusat penamaan calon yang dibuka di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri tersebut.

Selain PRN, turut diadakan pada masa sama ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setelah kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selepas selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi, calon yang disahkan bertanding akan mula berkempen dengan tempoh kempen yang diberikan SPR ialah 14 hari iaitu sehingga 11.59 malam 11 Ogos.

Hari mengundi ditetapkan 12 Ogos dengan pengundian awal pada 8 Ogos.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU