ARTIKEL

Penambah urus niaga JPJ berkaitan kenderaan perdagangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menambah urus niaga perkhidmatan kaunternya bermula 11 Mei 2020.

Ini bermakna, selain daripada tiga (3) urusniaga yang dilaksanakan seperti yang telah diumumkan sebelum ini, JPJ akan membuka 13 lagi urusniaga yang melibatkan kenderaan perdagangan iaitu:

1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan e-hailing/ teksi/kereta sewa;

2. Pembaharuan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi kenderaan ehailing/teksi/kereta sewa;

3. Pendaftaran baru bagi kenderaan komersial;

4. Tukar hak milik bagi kenderaan komersial.;

5. Permohonan status vintaj/klasik;

6. Permohonan ubahsuai kenderaan komersial;

7. Permohonan A16 (berat dan dimensi);

8. Permohonan sijil timbang berat (permohonan di Ibu Pejabat);

9. Permohonan pelan teknikal kenderaan (permohonan di Ibu Pejabat);

10. Permohonan pemasangan lampu mata arah (permohonan di Ibu Pejabat);

11. Permohonan pendaftaran PE/ konsultan (permohonan di Ibu Pejabat);

12. Permohonan Component Type Approval (CTA) (permohonan di Ibu Pejabat);

13. Permohonan Vehicle Type Approval (VTA) (permohonan di Ibu Pejabat);

Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter adalah beroperasi pada hari bekerja dari jam 8:00 pagi hingga jam 3:00 petang sahaja.

Walau bagaimanapun urusniaga selepas jam 11.00 pagi hanya terhad kepada pembayaran e-payment sahaja.

Justeru, orang awam amat digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran secara e-payment (debit atau kredit kad).

JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urusniaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan bagi beberapa jenis urusniaga sahaja.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pembukaan urus niaga JPJ adalah secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Pembukaan urus niaga pada waktu ini adalah lebih memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara.

Walaupun begitu, adalah diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 24 mac 2020 yang lalu.

Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan jika LKM ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu PKP ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantai penularan pandemik covid-19.

Kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli