ARTIKEL

Tiong (duduk dua kanan) bersama keluarga Pemanca Sharifah Ainie (berdiri kiri).

Penambahan jumlah ketua masyarakat akan dipertimbang – Tiong King Sing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Penambahan bilangan ketua masyarakat di kawasan Sibu Jaya akan dipertimbangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing, pertimbangan ini perlu kerana populasi semakin pesat bertambah di kawasan tersebut.

“Saya dimaklumkan bahawa pertumbuhan penduduk di kawasan tersebut semakin pesat, dan penambahan jumlah ketua masyarakat wajar dipertimbangkan agar dapat memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih lancar,” katanya ketika membuat lawatan kawasan Sibu Jaya, semalam.

Pada lawatan itu, beliau berkesempatan mengunjungi penduduk dan ketua masyarakat setempat, antaranya Pemanca Sharifah Ainie Sayeed Alwi, Imam Ibrahim Osman dan lain-lain.

Semasa lawatan itu, beliau turut berkesempatan meninjau infrastruktur setempat.

Selain dimaklumkan mengenai keperluan untuk menambah jumlah ketua masyarakat di Sibu Jaya, beliau turut mendapat maklum balas mengenai isu-isu berkaitan.

“Saya akan berbincang mengenai perkara berkenaan dengan Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Ng Siang Wei.

“Dan saya meminta MDLBS mengatur pertemuan dengan penduduk setempat secepat mungkin bagi mendapatkan butiran lanjut supaya tindakan berkaitan dapat diambil,” jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu itu. 

Turut mengiringinya ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying.

Tiong (dua kiri) meninjau infrastruktur di Sibu Jaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti