ARTIKEL

Sumber: Video

Penangan Tengku Hassanal, apam balik Cameron Highlands laku keras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Umum mengetahui Cameron Highlands jadi destinasi percutian popular di Malaysia.

Di sana ada panorama ladang teh yang memukau mata, malah lokasi peranginan ini juga digelar sebagai ‘syurga makanan’ bagi pelancong.

Video Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantap apam balik Nutella strawberry di Cameron Highlands menjadi tular di laman sosial.

“Junjung kasih Tengku Hassanal sudi mencemar duli dan beli apam balik Nutella strawberi kami. Junjung kasih Tuanku,” kata peniaga berkenaan.

Menerusi perkongsian lain, peniaga itu mendedahkan menu apam balik mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan selepas ia menjadi pilihan Tengku Hassanal.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU