ARTIKEL

Penangguhan pembentangan pindaan RUU MA63 bukan disebabkan masalah besar – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penangguhan pembentangan pindaan Rang Undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan disebabkan oleh masalah besar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata telah difahamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa ia hanya melibatkan beberapa takrifan Persekutuan dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka cuma mahu mengesahkan beberapa perkara…tiada masalah besar, cuma perkara berkaitan pemahaman dan memerlukan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu-bual selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Ke-2 Sains Sosial dan Kemanusiaan 2021 (ICOSSH2021) dan Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kerajaan Sarawak dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai penubuhan Kursi Pehin Sri Adenan Satem di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pindaan RUU MA63 yang pada awalnya dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat semalam ditangguhkan sehingga Peguam Negara menjelaskan isu tertentu.

Wan Junaidi dilaporkan berkata semasa perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet terakhir, dua menteri sudah meminta penjelasan lebih lanjut.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, pindaan Perlembagaan itu penting kerana ia akan memberi kejelasan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak seperti rakyatnya, khasnya Pribumi Sabah dan Sarawak.

Pindaan itu bertujuan memperbaiki “hakisan” hak Sabah dan Sarawak yang termaktub di bawah MA63.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU