ARTIKEL

Penantian 30 tahun Sri Aman FA berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pengurus Sri Aman FA, Awang Putrayusrie Awang Redzuan menyifatkan kejayaan pasukannya merangkul gelaran juara Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 sebagai sesuatu yang cukup indah.

Malah, beliau menganggap apa yang dicapai anak-anak buahnya itu sebagai mengakhiri penantian selama 30 tahun.

“Kali terakhir Sri Aman bergelar juara dalam kejohanan berprestij seperti ini pada 30 tahun lalu.

“Apa yang kami perolehi semalam bagaikan membangkit kembali kehebatan Sri Aman di pentas bola sepak Sarawak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak ketika ditemui sebaik selesai perlawanan.

Menurut Awang Putrayusrie, beliau turut mengucap terima kasih kepada semua pemain kerana telah memberi komitmen cukup tinggi sepanjang saingan.

Ketua jurulatih, Sufian Ibrahim terharu dengan kejayaan pemainnya untuk memastikan Sri Aman FA bergelar juara.

“Memang kami cukup berwaspada sepanjang perlawanan.

“Apa yang membanggakan, strategi yang diguna pakai berjaya diterjemah dengan sebaiknya oleh pemain,” katanya.

Sri Aman FA muncul juara edisi pertama Liga SSC-FAS 2021 selepas menewaskan Samarahan FA (1-0) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Sintetik BDA.

Gol kemenangan Sri Aman FA dijaringkan Mohd. Adif Salim pada minit ke-67.

BERITA LAIN

SMK Muara Tuang muncul juara

SADONG JAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB)

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup