ARTIKEL

Operasi SAR bgai dua lelaki yang hilang dalam tragedi bot karam di Belaga diteruskan hari ini.

Pencarian dua lelaki hilang dalam tragedi bot karam di Belaga diteruskan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Pencarian bagi dua lelaki yang hilang dalam tragedi bot karam di Rumah Apan, Long Menjawah, di sini semalam diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 7.55 pagi tadi bagi mencari kedua-dua mangsa, Balavishnu Permaloo, 36 dan Rhuban Apparoo, 30.

“Operasi SAR membabitkan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga, tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan lima anggota RELA,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, pencarian mangsa giat dijalankan pasukan SAR.

Pasukan bomba mengadakan taklimat dalam operasi SAR dua lelaki hilang dalam tragedi bot karam di Belaga.

Semalam kejadian dilaporkan kira-kira jam 4 petang membabitkan bot panjang yang membawa lima penumpang.

PGO melaporkan tiga orang penumpang selamat manakala dua orang lagi hilang ketika kejadian.

“Semasa kejadian, bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di jeram Menjawah.

“Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun dua orang penumpang hanyut di bawa arus deras,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket