Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Pencarian mangsa hilang di perairan Pasir Pandak disambung esok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pasukan Bomba melakukan pencarian di sektor dua iaitu di kawasan pesisir Kampung Mersan sampai ke Sibu Laut.

KUCHING: Pasukan penyelamat menangguhkan pencarian seorang lelaki dipercayai hilang di perairan Pasir Pandak, di sini hari ini dan akan disambung esok (Ahad).

Setakat jam 6 petang, tiada petunjuk ditemui oleh pasukan penyelamat dan lokasi sebenar mangsa belum diketahui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, fokus pencarian pada hari ketiga dibahagikan kepada tiga sektor.

Pasukan Bomba melakukan pencarian di sektor dua iaitu di kawasan pesisir Kampung Mersan sampai ke Sibu Laut.

“Sektor satu melibatkan dua buah bot Marin dengan kekuatan sembilan anggota di lokasi pencarian kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Sementara, sektor dua melibatkan sebuah bot penyelamat bomba dengan kekuatan lima anggota dan dua buah bot APM dengan kekuatan sembilan anggota melibatkan pencarian di kawasan pesisir Kampung Mersan sampai ke Sibu Laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala katanya, sektor tiga pencarian bermula Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) hingga ke Damai Golf Club, Pulau Kera dan Sedungus.

Jelasnya pencarian melibatkan sebuah bot Sarawak Cost Guard dan sembilan anggota dan tujuh anggota polis marin.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk