ARTIKEL

Pencemaran udara Thailand meruncing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Kira-kira 2.4 juta orang di Thailand mendapatkan rawatan hospital untuk masalah perubatan yang dikaitkan dengan pencemaran udara sejak awal tahun ini, kata pegawai kesihatan, ketika asap toksik melanda sebahagian negara itu.

Bangkok dan bandar utara Chiang Mai adalah antara bandar paling tercemar di dunia pada pagi Khamis, menurut firma pemantauan kualiti udara IQAir.

Kualiti udara yang lemah menyaksikan 2.4 juta orang mendapatkan rawatan perubatan sejak awal tahun ini, dengan 184,465 kemasukan ke hospital minggu ini sahaja, kata Setiausaha Tetap Jabatan Kesihatan Awam Dr Opas Karnkawinpong pada Rabu.

Opas berkata, masalah pernafasan, dermatitis, keradangan mata dan sakit tekak adalah antara isu perubatan yang paling biasa.

Pegawai kesihatan menggesa orang ramai menggunakan pelitup muka antipencemaran N95 berkualiti tinggi, menutup tingkap dan pintu, meminimumkan masa di luar dan bersenam di dalam rumah.

Asap daripada kebakaran hutan dan tanaman petani mencemarkan lagi udara di beberapa bahagian negara, menurut pakar.

Thailand adalah rumah kepada lebih 70 juta penduduk dan kualiti udaranya yang lemah menjadi isu hangat menjelang pilihan raya negara itu pada 14 Mei, dengan kerajaan penyandangnya dituduh tidak melakukan secukupnya untuk menangani masalah itu.

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan