Trending

Pencerobohan Masjid Al-Aqsa perlu dihentikan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ANKARA: Serbuan polis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki satu tindakan yang “tidak boleh diterima” sama sekali, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.

Beliau turut menggesa Israel untuk menghentikan tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Pencerobohan dan ancaman terhadap kesucian dan kepentingan sejarah Masjid Al-Aqsa serta kebebasan beragama dan hidup rakyat Palestin mesti dihentikan,” kata Erdogan dalam wawancara televisyen, lapor Agensi Anadolu.

Kenyataannya itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak selepas polis Israel menahan kirakira 350 jemaah di kompleks Masjid Al-Aqsa.

“Kami akan terus berdiri teguh di sisi saudara Palestin kami dalam apa jua keadaan dan untuk melindungi nilai-nilai suci kami.

Israel juga harus sedar perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Anadolu melaporkan bahawa Kementerian Luar Rusia turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi di Masjid Al-Aqsa dan menyifatkan apa yang berlaku di Baitulmaqdis umpama “memusuhi semua agama di dunia.”

Moscow turut menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres untuk memberi perhatian yang teliti kepada penempatan Israel-Palestin, menggesa untuk mencari punca kepada tercetusnya keganasan baharu di Palestin dan merangka cadangan bagi memulihkan kestabilan.

Sementara itu, tentera Israel pada Rabu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk kali kedua berturutturut.

Saksi memberitahu Agensi Anadolu, tentera Israel menyerbu Balai Solat Al-Qibli selepas solat tarawih, melemparkan bom tangan dan memukul jemaah Palestin. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru