ARTIKEL

BANGGA... Kilat Boy (tengah) bersama tali pinggang terbaharu dimenanginya.

Pencetus semangat baharu ‘Kilat Boy’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh tinju sensasi Sarawak, Muhammad Asyraf Abdullah (Daelonial McDelon Bong) atau lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’, menyifatkan kejayaan merangkul gelaran berprestij International Boxing Association (IBA) Intercontinental Super Bantamweight 2025 baru-baru ini sebagai cetusan semangat baharu buat dirinya.

Sekali gus, beliau berharap kejayaan yang menjurus kepada perolehan tali pinggang itu dapat menghalakan fokus kepada persiapan untuk menghadapi beberapa kejohanan besar sepanjang tahun 2026.

“Memang agak gembira apabila berjaya merangkul gelaran tersebut (International Boxing Association IBA Intercontinental Super Bantamweight 2025).

“Penutup yang cukup indah bagi saya tahun ini, dan diharap kejayaan ini dapat menjadi cetusan semangat baharu buat diri saya untuk mengharungi kejohanan pada tahun depan,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Beliau mengakui, gelaran yang diperoleh pada kejohanan itu secara tidak langsung dapat memperbaiki ranking semasa dirinya.

Untuk rekod, Kilat Boy kini masih kekal ranking pertama petinju profesional di Malaysia, ke-8 di Asia, dan ke-150 dunia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU