ARTIKEL

Pencipta kandungan fail saman cabar pengharaman TikTok di Montana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Sekumpulan pencipta kandungan TikTok di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman untuk membatalkan larangan kerajaan Montana terhadap platform media sosial yang dibangunkan China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Montana menjadi negeri pertama di AS yang menyekat aplikasi perkongsian video itu, apabila Gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang berkenaan pada Rabu.

Lima pencipta kandungan TikTok yang tinggal di negeri itu memfailkan tuntutan mahkamah pada Rabu, menerusi firma guaman Davis Wright Tremaine.

Peguam utama bagi kumpulan itu ialah Ambika Kumar, yang mewakili pencipta lain dalam mendapatkan injunksi terhadap larangan TikTok 2020 oleh bekas presiden AS Donald Trump.

Peraturan baharu itu melarang kedai aplikasi daripada menawarkan aplikasi perkongsian video mulai 1 Jan 2024 dan menghalang TikTok daripada beroperasi sebagai perniagaan di negeri ini. Penyedia aplikasi perlu membayar denda US$10,000 setiap hari platform media sosial beroperasi.

Pengguna yang memasang aplikasi dalam peranti mereka tidak terjejas atau pun didenda.

Dimiliki oleh syarikat China ByteDance, TikTok diharamkan pada peranti kerajaan di Kanada, Australia, New Zealand, Britain dan AS berikutan kebimbangan mengenai keselamatan siber.

Baca lain  Kemusnahan di Gaza yang tidak pernah berlaku perlukan bantuan segera - Ketua PBB

Aplikasi ini yang mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia dan digunakan secara meluas di AS dan Eropah, pengharamannya ekoran kebimbangan pihak berkuasa China dan perkhidmatan rahsia mungkin menggunakan aplikasi itu untuk mengumpul maklumat daripada pengguna atau menyebarkan pengaruhnya.

Bagaimanapun, ByteDance menolak dakwaan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,