ARTIKEL

Pencipta kod bar meninggal pada usia 94 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIAMI: Jurutera komputer, George J Laurer yang dikenali sebagai pencipta bersama kod bar dan membantu merevolusi dunia peruncitan dunia pada 1970-an, meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Bekas pekerja syarikat komputer IBM itu meninggal dunia pada minggu lalu dan dikebumikan pada 9 Disember di kampung halamannya di Wendell, North Carolina.

Laurer ialah pencipta bersama Kod Produk Universal (UPC) atau dikenali sebagai kod bar yang mampu mengenal pasti jutaan produk, perkhidmatan dan barangan lain.

Bar berwarna hitam dengan pelbagai ketebalan itu serta 12 digit nombor mampu diimbas dengan pantas bagi pengenalan produk serta paparan harga.

Laurer dan rakan sekerjanya, Norman Woodland mencipta kod bar itu pada 1973. Woodland yang meninggal dunia pada 2012 itu mendapat idea mencipta kod bar itu berdasarkan kod Morse.

Dia mempatenkan konsep itu pada 1952 namun tidak dapat dimajukan kerana teknologi laser dan komputer masih mundur.

20 tahun kemudian, Luarer mencipta pengimbas yang dapat membaca kod bar secara digital. IBM melancarkan produk itu pada 1973 dan transaksi kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun berikutnya di sebuah pasar raya di Troy, Ohio.

Produk pertama yang diimbas adalah sepaket gula-gula getah Wrigley’s Juicy Fruit yang kini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Smithsonian Sejarah Amerika di Washington. -AFP

BERITA LAIN

Bali berdepan kekurangan bekalan bahan api

JAKARTA: Kekurangan bekalan bahan api melanda beberapa kawasan di Bali sehingga menyebabkan barisan panjang di beberapa stesen minyak yang masih beroperasi di pulau peranginan Indonesia

BERITA TERBARU