ARTIKEL

Gambar hiasan

Pencuri lori ditangkap di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah Bau berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi lori di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, suspek warga tempatan ditangkap sekitar 10 malam di tepi jalan persimpangan Suba, Bau.


“Pada 9.30 malam, polis menerima laporan kes curi lori setelah menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan lori yang diparkir di hadapan rumah di Kampung Skibang, Bau, hilang dicuri.


“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek bersama-sama lori berkenaan di tepi jalan persimpangan Suba, Bau,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Jawai, hasil siasatan lanjut, suspek mengaku mencuri kenderaan tersebut dari rumah mangsa di Kampung Skibang.


Semakan lanjut terhadap suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.


“Permohonan reman juga dibuat di Mahkamah Majistret Bau dan diluluskan selama empat hari mulai 27 April hingga 1 Mei 2024,” ujarnya.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan