ARTIKEL

Pencuri tablet dihukum penjara tiga bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sebuah tablet pada Januari lalu.

Liew Choi Poh, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bangunan di Jalan Bukit Bayor di sini, sekitar jam 3 petang, 25 Januari lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu lelaki berusia 31 tahun mendapati tablet jenama Redmi Pad miliknya telah hilang.

Kemudian, dia cuba menjejak tablet tersebut menggunakan alat pengesan peranti dan mendapati ia berada di sebuah restoran makanan segera terkemuka di Tabuan Jaya.

Ketika itu, terdapat dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan pengadu terus bertanya kepada mereka mengenai tablet berkenaan tetapi mereka tidak mengaku.

Kerana tidak berpuas hati, pengadu kemudian memeriksa tubuh badan salah seorang lelaki terbabit lalu menemukan tablet berkenaan disembunyikan di dalam baju.

Tertuduh kemudian ditahan oleh pengadu untuk diserahkan kepada pihak polis manakala rakan tertuduh berjaya melarikan diri.

Siasatan lanjut mendapati tablet yang dicuri oleh tertuduh adalah sah milik pengadu berdasarkan nombor siri imei.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU