Trending

Pendaftaran Malaysia Day Community Fun Run 2023 dibuka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Yayasan Farley bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan mengadakan Malaysia Day Community Fun Run 2023 pada 17 September ini.

Menurut Presiden Yayasan Farley Eijing Lau, larian amal tersebut diadakan bagi meraih dana dan mewujudkan kesedaran untuk organisasi amal.

Justeru, pihaknya menyasarkan seramai 2,500 peserta dan mengalakkan orang ramai untuk turut serta dalam larian tersebut.

“Berlari untuk tujuan amal dapat memberi motivasi kepada diri anda untuk berlari dengan sebaik mungkin.

“Kita percaya larian amal ini akan memberi inspirasi kepada individu untuk turut serta, sekali gus memacu ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Gawai Dayak 2023 dan Prapelancaran Hari Malaysia Community Fun Run 2023, di pusat beli belah Farley, di sini hari ini.

Tambahnya, pendaftaran bermula hari ini dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Julai, sambil mendedahkan yuran pendaftaran berjumlah RM78 seorang dan 500 pendaftar awal akan menikmati diskaun sebanyak RM58.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, turut kelihatan Pengarah JPBM Sarawak Datuk Khirudin Drahman.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru