KUCHING: Pendaftaran surat cara tanah Sarawak telah mencapai sehari pendaftaran sejak 2009, adalah antara perkara yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-80, tengah hari tadi.
Malah, katanya pada 2019, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah memperkenalkan pendaftaran hari yang sama, yang merupakan salah satu pemudahcara dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Di samping itu, Awang Tengah turut memaklumkan kejayaan sistem LASIS oleh JTS yang berupaya membawa pejabat tanah ke setiap rumah melalui sistem dalam talian.
Mesyuarat berkenaan berlangsung di Putrajaya dengan dipengerusi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar dan pegawai tertinggi negeri dari seluruh negara.
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa perkara berkaitan isu pentadbiran telah dibincangkan.