ARTIKEL

Pendaki AS meninggal dunia di Everest

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KATHMANDU: Seorang pendaki gunung Amerika Syarikat (AS) telah meninggal dunia di Gunung Everest, kematian keempat di puncak tertinggi dunia itu musim pendakian ini.

Jonathan Sugarman, 69, berada dalam pusingan penyesuaian pada ketinggian sekitar 6,400 meter apabila dia meninggal dunia pada Isnin, kata penganjur ekspedisinya.

“Dia mengadu berasa tidak sihat dan meninggal dunia di Kem 2.

Usaha sedang dijalankan untuk membawa (turun) mayatnya,” kata Pasang Tshering Sherpa dari Beyul Adventure kepada AFP. “Kami cuba menghantar helikopter tetapi salji turun dan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.

Beyul Adventure ialah rakan kongsi tempatan penganjur ekspedisi International Mountain Guides (IMG) yang berpangkalan di AS, berita sedih mengenai kematian Sugarman.

“Kami boleh mengesahkan bahawa kematian ini bukan akibat kemalangan pendakian atau keadaan laluan yang berpotensi memberi impak atau kebimbangan keselamatan kepada mana-mana pasukan lain di gunung itu,” kata ketua IMG Eric Simonson dalam satu kenyataan di laman sesawang syarikat itu.

Tahun lepas, Sugarman telah sampai ke Kem 3 di Everest sebelum meninggalkan pendakian.

Musim pendakian musim bunga tahun ini di Everest berdepan permulaan yang tragis bulan lalu dengan kematian tiga pendaki warga Nepal.

Ketiga-tiga mereka sedang menyeberangi air terjun beku Khumbu yang berbahaya sebagai sebahagian daripada misi apabila bongkah ais glasier jatuh dan mengheret mereka ke dalam cerun yang dalam.

Jurupandu warga Nepal, biasanya etnik Sherpa dari lembah berdekatan, adalah orang penting untuk industri jutaan dolar ini.

Mereka menanggung risiko besar untuk menyediakan laluan pendakian dan membawa makanan dan peralatan.

Nepal telah mengeluarkan 466 permit kepada pendaki warga asing, dan memandangkan kebanyakan mereka memerlukan jurupandu, lebih 900 orang akan cuba ke puncak Everest musim ini, yang berlangsung sehingga awal Jun.

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan