ARTIKEL

Pendapatan negeri 2023 cecah lebih RM13 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pendapatan negeri untuk tahun 2023 terus meningkat, mencecah lebih daripada RM13 bilion sebelum menutup akaun keseluruhannya pada Disember.

Ia sekali gus mencatat rekod baharu Sarawak meraih pendapatan tertinggi berbanding RM12.7 bilion yang dibentangkan pada November lalu.

Abang Johari berucap pada Rumah Terbuka Sambutan Hari Krismas Uskup Agung di St Thomas Cathedral Parish Hall.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia juga susulan kemasukan dividen pada Disember ini mendorong kepada rekod hasil yang baik.

“Untuk itu, peningkatan ini dijangka terus meningkat selari dengan penyusunan semula hasil (revenue engineering) yang dilaksanakan.

“Begitu juga dengan pelbagai Rang Undang-undang yang telah diperkenalkan pada November lalu bakal mendorong kepada peningkatan hasil negeri.

“Dianggarkan RM13.1 bilion hasil diraih berdasarkan rekod pada Disember tahun ini.

Menjadi harapan kita agar menjelang 2024 dan juga 2025 untuk terus meningkatkan pendapatan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Hari Krismas Uskup Agung di St Thomas Cathedral Parish Hall, di sini, semalam.

RUU berikut termasuk RUU Pengagihan gas (Pindaan); RUU Elektrik (Pindaan); RUU Alam Sekitar (Pengurusan Pelepasan Rumah Hijau 2023) dan RUU Ombudsman Sarawak 2023.

Sebubungan itu, Abang Johari berterima kasih kepada masyarakat kerana mengekalkan perpaduan supaya kerajaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan negeri.

“Ini sangat penting. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan semua rakan seperjuangan dan pasukan dalam kabinet.

“Ada beberapa lagi perkara yang akan saya lakukan untuk meningkatkan pendapatan hasil ini, namun tidak dapat didedahkan sekarang,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU