ARTIKEL

ISYTIHAR... Abang JOHARI (tengah) mengumumkan nama baharu Masjid Baharu Taman Jelita di sini semalam, iaitu Masjid Jamal Ad-Din.

Pendapatan negeri dipertingkatkan saban tahun, rancakkan lagi pembangunan demi rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kerajaan Sarawak akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi pendapatan negeri bagi menggalakkan lagi projek-projek menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha-usaha sedemikian bertujuan bagi memberi manfaat kepada rakyat dengan merancakkan lagi pembangunan serta ekonomi Sarawak.

“Dalam tempoh dua tahun selepas penularan wabak COVID-19, Kerajaan Sarawak telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM11 bilion pada 2022, dan ia mengalami peningkatan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM13 bilion.

“Ekoran daripada itu, saya berharap agar jumlah pendapatan pada tahun ini juga akan mengalami peningkatan yang lebih tinggi,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Taman Jelita di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abang Johari turut berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana memberi peluang serta menaruh kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negeri ini sejak tahun 1981.

Katanya, di bawah kepimpinannya, Sarawak kini berada di era baharu yang memberi penekanan kepada ekonomi hijau dan teknologi.

KENANGAN… Abang Johari bersama dif-dif kehormat lain yang turut hadir pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Taman Jelita di sini semalam.

BERITA LAIN

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan