ARTIKEL

Pendapatan Sarawak 2023 dijangka melepasi rekod RM12 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa hasil negeri bagi tahun ini dijangka memecah rekod yang dicatatkan pada 2022.

Menurutnya, Sarawak melebihi jangkaan pendapatan sebenar pada tahun 2022 mencatatkan RM12 bilion, sekali gus menjadi pencapaian tertinggi pernah direkodkan.

Katanya, pengiktirafan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia adalah berdasarkan statistik data ekonomi yang berkembang dengan baik.

“InsyaAllah dalam tempoh tiga minggu lagi, saya akan umumkan hasil 2023 yang nampaknya mampu memecahkan rekod 2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-27 di DeTAR PUTRA di sini, hari ini.

Dengan peningkatan hasil negeri, Abang Johari memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited untuk melaksanakan projek infrastruktur berskala besar, seperti rangkaian jalan raya bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan di kawasan luar bandar.

Katanya, cabaran terbesar kini adalah untuk mengurangkan jurang bandar-luar bandar dan membangunkan negeri terbesar di Malaysia, yang memerlukan dedikasi, keazaman, dan pemikiran aras tinggi.

Bagi menyokong pembangunan berterusan di Sarawak yang meliputi kawasan hampir sama besar dengan Semenanjung Malaysia, Abang Johari berkata penubuhan syarikat penerbangan butik milik kerajaan memainkan peranan penting, beroperasi ke destinasi terpilih di rantau Asia.

Beliau percaya rancangan ini akan memberi impak positif terhadap sektor pelancongan negeri dengan menambah baik akses ke destinasi menarik di Sarawak dan Borneo secara keseluruhan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan