ARTIKEL

Pendarahan teruk apabila luka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X.

Oleh itu, bayi lelaki yang mewarisi kromosom X abnormal berkemungkinan menghidap penyakit tersebut.

Walaupun anak lelaki mewarisi kromosom X yang abnormal tersebut, anak perempuan bagi pasangan tidak terkecuali kerana boleh menjadi pembawa.

SUKAR MEMBEKU

Dikatakan, hanya 30 peratus kes di dunia yang melibatkan pesakit hemofilia terjadi secara spontan — akibat mutasi gen tanpa berlakunya sejarah dalam keluarga.

Dalam pada itu, berdasarkan statistik KKM pada 2019, dianggarkan terdapat 1,600 pesakit hemofilia di negara ini, iaitu penyakit keturunan menyebabkan darah penghidap sukar membeku sehingga mengakibatkan pendarahan teruk apabila berlaku luka.

Pada 2022, KKM berkongsi kaedah yang dinamakan R.I.C.E — singkatan bagi rest (rehat), ice (ais), compress (tekan) dan elevation (elevasi) sebagai panduan merawat pesakit hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

Oleh itu, Hari Hemofilia Sedunia disambut untuk tujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit tersebut di seluruh dunia yang dimulakan oleh Persekutuan Hemofilia Sedunia.

Baca lain  MOHD MELINTANG 8 tahun berjuang bersama PBB

Jururawat Kardiovaskular klinik swasta, Aisyah Hamzah, 25, berkata penyakit tersebut menyebabkan darah sukar untuk membeku apabila luka disebabkan kurang faktor pembekuan.

“Penyakit ini selalunya terjadi dalam kalangan bayi lelaki akibat mutasi gen daripada ibu bapa,” kongsinya.

Berkhidmat lebih lima tahun sebagai jururawat, dia belum pernah melihat sendiri atau mempunyai sejarah menjaga pesakit hemofilia.

“Saya hanya baca tentang penyakit ini ketika belajar, namun saya tidak pernah mempunyai pengalaman merawat pesakit yang mempunyai penyakit hemofilia,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Selanjutnya, Avantica Ubong Stephan, 22, yang baru sahaja bergelar jururawat turut berkongsi pengetahuan berkaitan penyakit tersebut.

“Saya pernah terbaca tentang penyakit ini, namun kurang pengetahuan am punca atau faktor berlakunya penyakit ini.

“Saya sangat menyokong usaha pihak berkaitan untuk meningkatkan kesedaran penyakit ini melalui penulisan rencana supaya orang ramai lebih peka dan mempelajari tentang penyakit ini termasuk saya sendiri,” kongsinya.

PENGETAHUAN AM

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Abigail Jawat Andrew, 22, berkata orang awam seharusnya tahu pengetahuan am berkaitan sakit ini sebagai tindakan susulan sekiranya berlaku kecemasan berkaitan.

Baca lain  PO'CENG tradisi hitamkan wajah

“Kebetulan, pada tahun lalu saya pernah terbaca kenyatan daripada KKM di Facebook tentang sambutan Hari Hemofilia Sedunia.

“Ia merupakan satu perkara baharu membuatkan saya ingin tahu lebih lanjut dan banyak membaca tentang penyakit ini.

“Dengan satu hantaran yang dilakukan oleh pihak KKM di Facebook menyebabkan saya sebagai orang awam mengetahui kewujudan penyakit ini.

“Jadi saya sangat menyokong jika Hari Hemofilia Sedunia disambut secara terbuka di Malaysia sebagai usaha memberi kesederan tentang bahayanya penyakit ini,” kongsinya kepada Suara Sarawak.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

TAUTAN KASIH MADANI AGENSI ISLAM

IKMAS baru-baru ini mengadakan Program Tautan Kasih Madani sempena Majlis Ramahtamah Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis diraikan dengan penuh kemeriahan dan

Perkasa komuniti celik digital

SETIAP tahun, 17 Mei dijadikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia yang diraikan bagi mengiktiraf peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam membentuk

Anak cerminan ibu bapa

IBU bapa merupakan pendidik pertama anak. Segala tingkah laku anak sering dikaitkan dengan cara ibu bapa membesarkan mereka. Dalam konteks ini, anak mudah belajar dengan

Guru didik anak bangsa berjaya

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, 14

Banyak program khas

MELIHAT kejayaan pelaksanaan program belia dalam suku pertama tahun ini, Ikram Kawasan Bintulu membuat perancangan untuk meluaskan program khas buat belia. Menggunakan landskap yang digemari

BERITA TERBARU