ARTIKEL

Pendedahan lokasi terdedah kes positif Covid-19 bertujuan bantu orang ramai berwaspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pendedahan senarai tempat dan waktu yang dikunjungi oleh kes positif Covid-19 bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, melalui pendedahan senarai tempat dan waktu tersebut, mereka yang terdedah dapat menjalani saringan dengan kadar segera di klinik kesihatan mahupun hospital.
Tambahnya, pendedahan itu tidak bertujuan menyusahkan pemilik premis kerana mereka juga perlu tahu mengenai tempat yang pernah dikunjungi oleh kes positif Covid-19.
“Kita semua perlu memberi bekerjasama, saya melihat di Sibu mereka keluar untuk menjalani saringan sehingga kita mendapat lebih 10,000 sampel.
“Ini adalah semangat yang kita galakkan, sila tampil sekiranya anda risaukan kesihatan anda jika pernah mengunjungi ke tempat yang pernah dikunjungi kes positif,” kata Uggah.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke medan selera Pasar Bandar Riyal di sini, hari ini.
Pada lawatan tersebut, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan oleh orang ramai.
“Saya berpuas hati dengan penguatkuasaan di pasar ini, nampaknya pematuhannya agak tinggi, lebih 99 peratus.
“Saya melihat pelanggan mematuhi SOP seperti mengambil suhu badan dan merekodkan MySejahtera. Ini menunjukkan peranan rakyat Sarawak dalam membantu memerangi Covid-19,” ujarnya.
Beliau turut menekankan kepentingan untuk mencatat nama pada buku pendaftaran dan mengimbas kod QR MySejahtera.
Kata Uggah, Sarawak telah berjaya melandaikan lekuk jangkitan pada gelombang pertama, kedua dan ketiga kerana kerjasama rakyat dan petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak ini.
Beliau juga yakin dengan kerjasama yang berterusan ini Sarawak dapat melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19 gelombang keempat ketika ini.

BERITA LAIN

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup