ARTIKEL

Rolland merakamkan gambar bersama penari cilik yang membuat persembahan pada majlis tersebut.

Pendidik awal kanak-kanak pikul tugas berat, perlu dedikasi tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JULAU: Tanggungjawab menjadi seorang pendidik peringkat awal kanak-kanak merupakan satu tugas yang amat berat dan memerlukan dedikasi yang tinggi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin, tugas tersebut juga merupakan satu amanah yang perlu didukung dalam melahirkan modal insan yang berilmu.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga tugas sebagai seorang pendidik bagi melahirkan modal insan yang mempunyai ilmu malah boleh berdaya saing.

“Tugas dalam mendidik kanak-kanak bukannya tugas yang boleh dipandang rendah, kerana ini merupakan tugas yang memerlukan kesabaran dengan karenah anak-anak dalam pelajaran.

“Saya memuji pendidik tadika dan tabika KEMAS di Julau yang cukup gigih dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti,” kata Rolland.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Apresiasi Tabika/Taska KEMAS Peringkat Parlimen Julau di Dewan Masyarakat Julau.

Pada majlis tersebut, seramai 101 orang pelajar dari 25 buah tadika dan sebuah taska telah menerima sijil kecemerlangan akademik yang disampaikan Rolland.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU