ARTIKEL

Pendidikan awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“Semoga ia dapat dijadikan penyuntik semangat kepada semua warga kerja Kemas untuk terus maju dalam meningkatkan kualiti kerja bagi memastikan visi, misi dan matlamat jabatan tercapai,” ujarnya. 

Pendidikan awal kanakkanak katanya, adalah asas pembangunan serta agenda utama kerajaan dalam usaha melahirkan warganegara bertanggungjawab dan berketerampilan. 

PERKEMBANGAN SAHSIAH KANAK-KANAK

Tambahnya, peranan mendidik anak-anak bukan tanggungjawab guru sematamata, tetapi bergantung kepada ibu bapa itu sendiri bagi membantu pembangunan insan dan pembinaan nilai budaya serta moral anak-anak. 

“Pada asasnya, pembelajaran bermula dari rumah dan ibu bapa merupakan pendidik pertama bagi anak.

Kemudian, pembelajaran itu diteruskan di taska, tabika, sekolah rendah dan seterusnya.

“Bayangkan dalam tempoh sehari, hanya lebih kurang lapan jam kanak-kanak berada dalam jagaan guru, manakala tempoh 16 jam lagi mereka dalam jagaan ibu bapa. 

“Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak agar mereka dibesarkan dalam suasana yang penuh kasih sayang dan harmoni,” katanya. 

Selain itu, beliau turut menggalakkan ibu bapa untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama anak seperti bermain dan merangsang daya kreativiti untuk meningkatkan imaginasi mereka. 

“Sebagai pendidik Taska, anda melaksanakan tugas yang mulia dalam mengasuh dan mendidik anak-anak bangsa dengan penuh dedikasi. 

“Terima kasih dan tahniah diucapkan.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin semangat kalian untuk terus berjihad dan mempergiat usaha dalam mengasuh, mendidik serta membangunkan anak bangsa,” ujarnya. 

TELADAN

Di samping itu, jelasnya kanak-kanak ialah contoh generasi awal yang baik serta menjadi teladan kepada rakanrakan yang lain.

“Saya doakan semoga kejayaan anak-anak pada hari ini memberi inspirasi untuk mereka terus maju hingga dewasa kelak. 

“Ingatlah anak-anak sekalian, kesempurnaan dalam pendidikan mampu menjadikan kita sempurna dalam kehidupan. 

“Hormatilah guru, ibu bapa serta orang lebih tua dan semoga kehidupan anak-anak sentiasa diberkati,” tambahnya. 

Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang tinggi.

Turut hadir, Pegawai Kemas Bahagian Kuching, Haslinah Samsir, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanakkanak Parlimen Santubong, Nurhidayatul Akhbar Yakup, penyelia pelbagai jurusan serta pengerusi setiap Taska Permata Kemas Parlimen Santubong.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU