ARTIKEL

Pendidikan harta yang tiada tolok banding untuk anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan amat perlu supaya masa depan anak-anak cerah dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Pengerusi Alumni SK. Abang Leman Kabong, Kaunselour Haji Olen Tabor berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) dan Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Tahun Enam SK. Abang Leman di sini hari ini.

Menurut Olen, pendidikan merupakan harta yang tiada tolok banding untuk anak-anak dan begitu berguna dalam mendepani dunia yang kian mencabar.

“Pendidikan menjadi elemen yang sangat penting bagi memastikan generasi masa depan mempunyai kualiti dan mampu menyumbang tenaga dan kemahiran serta bakti untuk negara.

“Ambil perhatian sewajarnya terhadap anak-anak dan dampingi mereka untuk membuatkan mereka berasa disayangi. Ambil tahu keperluan mereka supaya mereka tidak rasa terpinggir.Beri mereka didikan agama yang secukupnya dan bentuk akhlak mereka sebaik mungkin.

“Beri kerjasama sepatutnya kepada pihak sekolah agar pihak sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan sebaiknya, ” ujarnya.

Hadir sama Guru Besar SK. Abang Leman, Mokhtar Jaya, Yang Dipertua PIBG, Johan Haji Rahman dan tetamu jemputan khas yang lain.

Seramai 120 pelajar tahun enam menerima sijil masing-masing bermula jam 8 pagi. Majlis berlangsung di Arena RMT SK. Abang Leman dengan turut dihadiri kira-kira 600 ibu bapa murid terlibat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu