ARTIKEL

Pendidikan inklusif kunci mewujudkan masyarakat lebih adil dan saksama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sudah tiba masanya untuk Malaysia memperbetulkan semula asas pendidikan tanpa diskriminasi Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan prinsip hak asasi antiperkauman.

Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Lo Khere Chiang berkata, sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan yang dilaksanakan sejak 1971 adalah tidak sesuai untuk masyarakat dunia kini yang memperjuangkan antiperkauman.

“Saya ingin menyatakan kebimbangan mengenai dasar kuota dalam pendidikan kerana ia bukan sahaja menunjukkan kekurangan pemahaman tentang prinsip meritokrasi dan peluang sama rata.

“Tetapi juga menimbulkan ancaman kepada kemajuan yang telah kita capai dalam membina masyarakat yang adil dan inklusif,” katanya mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Lo, walaupun beliau memuji keterbukaan Perdana Menteri mengenai perkara itu, namun kenyataannya itu adalah mengecewakan dan membimbangkan rakyat yang mengundi Pakatan Harapan kerana ia mencadangkan arah regresif untuk sistem pendidikan negara, bukan kemajuan.

“Penerusan kuota dalam pendidikan, bukan sahaja satu langkah ke belakang tetapi juga menjejaskan intipati pendidikan itu sendiri. Dengan melaksanakan kuota berdasarkan faktor seperti bangsa, agama dan warna kulit seseorang, dasar ini mengekalkan idea bahawa kejayaan dan pencapaian akademik harus ditentukan oleh faktor di luar kemampuan dan usaha seseorang individu.

“Pendekatan ini menjejaskan prinsip meritokrasi, yang sepatutnya mengutamakan kemahiran, bakat, kerja keras dan dedikasi individu sebagai asas tunggal untuk kemajuan.

“Di samping itu, pengenaan kuota tidak menggalakkan kecemerlangan, menyekat motivasi, dan memupuk budaya biasa-biasa dan bukannya kecemerlangan kerana pendidikan adalah untuk menyediakan setiap individu peluang yang saksama untuk mengembangkan potensi tanpa mengira latar belakang,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu katanya, inisiatif Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang inklusif dalam melaksanakan dasar pendidikan dan pembangunan ekonomi harus dipuji.

LAIN-LAIN BERITA

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian