ARTIKEL

LIMA TERATAS... Angela Wong Sian Yee, 35, tersenarai bagi Mrs. Petite Global 2023.

Pendidikan khas, aspirasi Angela Wong menerusi Mrs Petite Global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angela Wong Sian Yee, 35, telah disenaraikan sebagai lima peserta teratas untuk Anugerah Popular, Anugerah Media Sosial dan ‘Darling of the Crowd’ bagi Mrs. Petite Global 2023.

Menerusi peluang yang diberikan ini, Wong berharap agar platform tersebut dapat membantu dirinya memberi kesedaran berkaitan kepentingan Pendidikan Berkeperluan Khas dalam kalangan masyarakat.

“Walaupun saya merupakan seorang wanita yang mempunyai anak (5 tahun) dan suami, selain memiliki kerjaya sendiri, saya mahu membawa perubahan yang baik untuk dunia.

“Sebagai seorang guru yang mengendalikan murid berkeperluan khas, saya mahu orang ramai sedar akan kepentingan pendidikan khas terhadap golongan ini.

“Justeru, pencapaian untuk berada dalam lima teratas menerusi pertandingan ini memberi semangat untuk saya bekerja lebih keras memenanginya. Ia langkah pertama untuk mencapai impian ini,” jelasnya.

Wong turut meluahkan harapannya agar dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mencapai cita-cita murni seperti ini demi masyarakat.

Sementara, pertandingan tersebut bakal berlangsung pada jam 6.30 petang, 19 Ogos 2023 di The Platform Performance Arts Theatre, Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,