ARTIKEL

UCAPAN...Larry menyampaikan ucapan dan sentiasa fokus kepada pendidikan anak-anak Julau

Pendidikan penting untuk masa depan anak-anak – Larry Sng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Saya memang dari dahulu lagi menekankan betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak supaya mereka berjaya di masa hadapan, kata Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien.

Katanya, pendidikan merupakan suatu perkara yang sentiasa dititikberatkan dan beliau menerusi Tabung Pendidikan Lary Sng sentiasa menghulurkan bantuan dalam bentuk dana kepada pelajar yang layak.

“Tabung Pendidikan Larry Sng ini ditubuhkan adalah untuk membantu para pelajar yang layak amnya di Julau untuk masuk ke universiti meneruskan pengajian mereka.

“Pada tahun ini saya memberi setiap seorang daripada pelajar yang memohon dan layak, sebanyak RM700 setiap orang berbanding tahun sebelumnya.

“Dahulu hanya RM600 untuk setiap orang tetapi saya tambah RM100 kerana sedar tentang keperitan mereka belajar lebih-lebih lagi harga barangan yang tinggi sekarang,” katanya.

Larry berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sempena Perasmian Paip Air SK Nanga Merurun, Julau.

RASMI…Larry memukul gong sebagai simbolik merasmikan majlis berkenaan di SK Nanga Merurun

“Saya sangat gembira kerana peruntukkan yang diagihkan saya pada tahun lepas sebanyak RM35,000 telah membantu pihak sekolah membina paip yang baru bagi kegunaan mereka.

Baca lain  “Dango Kamek” pilihan pelanggan Mukah

“Hasil daripada projek ini membawa kesan yang positif kepada anak-anak dan tenaga pendidik di sekolah ini dalam melakukan kerja seharian,” jelas Larry.

Pada program yang sama juga, Larry turut mengagihkan PIBG SK Nanga Merurun dengan sumbangan RM5000 untuk mereka menjalankan aktiviti.

“Saya berharap dan berdoa, supaya anak-anak Julau sentiasa memperoleh keberkatan dan kejayaan dalam semua bidang diceburi terutamanya pendidikan,” ujar Larry.

Beliau merangkap Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menegaskan bahawa beliau tetap akan membantu rakyat Julau tanpa mengira ideologi politik yang berbeza.

“Pada saya perbezaan politik itu saya tolak ketepi, yang penting saya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk membantu rakyat Julau dari pelbagai aspek terutamanya pembangunan.

“Saya tidak akan mengenepikan rakyat, tetapi sentiasa mengutamakan rakyat dan tidak akan membuat rakyat saya tertinggal dalam pembangunan,” jelas Larry.

Larry turut menurunkan tandatangan pada plak perasmian

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran