Trending

Pendidikan seskual penting diajar di peringkat sekolah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Fatimah pada sidang media selepas Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) bertajuk ‘Parenting in Sexuality’ di sini, hari ini.

KUCHING: Generasi muda termasuk golongan kanak-kanak harus diberikan penekanan dan pendidikan mengenai seksual.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, objektifnya adalah untuk memberi kesedaran dan menjamin hak golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Perkara ini bukan bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan perkara-perkara negatif di peringkat usia muda, tetapi untuk ibu bapa lebih terbuka kerana kita rasakan pendidikan seksual amat diperlukan pada zaman sekarang sebagai langkah pencegahan kepada masalah sosial akan datang.

“Sekiranya berlaku pencerobohan ke atas hak kanak-kanak itu, mereka tahu apa yang perlu dilakukan, ke mana laporan harus dibuat dan seterusnya tindakan untuk memastikan hak serta emosi kanak-kanak itu mendapat perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) bertajuk ‘Parenting in Sexuality’ di sini, hari ini.

“Di peringkat sekolah rendah, kami bekerjasama rapat dengan Persatuan Wanita untuk Wanita (SWWS) untuk mengajar mereka tentang sentuhan yang selamat, apa yang tidak boleh dilakukan kepada mereka dan sebagainya.

“Kerjasama dengan agensi lain pula akan diteruskan pada masa hadapan kerana kita perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menangani masalah sosial, antaranya mengurangkan kadar kehamilan remaja di Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, golongan ibu bapa masih menanggap isu tersebut sebagai perkara sensitif dan tidak boleh dibicarakan, dan ia harus diubah.

“Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai pakar dalam bidang ini untuk memberi kesedaran dan berkomunikasi dengan anak-anak kita tentang seksualiti,” ujarnya.

Selain itu, Fatimah berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Sehenti (OSC), objektifnya adalah untuk mengurangkan kadar kehamilan remaja dan berharap dapat melihat penurunan 10 peratus dalam kes berkaitan kehamilan remaja dan pembuangan bayi.

“Adalah penting untuk kita menangani isu itu kerana nyawa sangat berharga. Kami mahu menyelamatkan dua nyawa, ibu remaja dan anak itu,” katanya.

Seminar Perdana tersebut disampaikan oleh Timbalan Dekan Profesor Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (Perubatan Masyarakat & Kesihatan Awam) UNIMAS Profesor Dr. Razitasham Safi.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Profesor Dr Al-Khalid Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Profesor Dr.Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru