Penduduk Bintulu diseru segera berdaftar untuk vaksinasi Covid-19

BINTULU: Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat menyeru seluruh masyarakat di bahagian ini supaya mendaftar segera bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Beliau yakin vaksin Pfizer-BioNTech selamat dan berkesan selain tidak mendatangkan sebarang implikasi yang teruk terhadap tubuh badan.

Pendaftaran boleh dibuat secara manual menerusi borang Google yang terdapat di Pejabat Daerah dan Klinik Kesihatan atau menerusi aplikasi MySejahtera, katanya.

Tambah Beliau, setakat ini, sebanyak 9,758 penduduk telah mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera bagi Daerah Bintulu.

Manakala, pendaftaran secara manual masing-masing 766 bagi Daerah Bintulu, Tatau (3,305)dan Sebauh (3,952).

Tambah pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu itu lagi, pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera tetap diadakan secara berterusan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini 07 Mac 2021

Saya sudah… Tunggu giliran anda
Tenang…. rasa macam digigit semut

Suara Sarawak