Penduduk Debak minta kemudahan perbankan berserta mesin ATM

DEBAK: Tolong sediakan kemudahan cawangan bank beserta Mesin Teler Automatik (ATM) di Pekan Debak – demikian rayuan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) yang mewakili penduduk Saribas selepas permohonan sebelum ini ibarat menunggu ‘sungai tidak berhulu.’

Temenggung Bahagian Betong Pi’ee Alwi memberitahu, penduduk telah menunggu terlalu lama bagi menikmati fasiliti kewangan di tempat sendiri sama seperti tempat-tempat lain.

“Sehingga hari ini nampaknya masih hanya angan-angan. “Maka, kami berharap dapat disediakan sekurang-kurangnya satu cawangan bank sama ada Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Agro atau Bank Rakyat berserta mesin ATM.

“Kerana, ekoran ketiadaan bank tersebut, penduduk di sini terpaksa ke Betong atau Saratok untuk berurusan khususnya bagi pengeluaran wang tunai, yang pastinya menyebabkan perbelanjaan bertambah.

“Ini amat menyulitkan penduduk, justeru itu, kerajaan diharap melihat perkara ini dengan lebih serius,” katanya kepada Suara Sarawak dekat sini, hari ini.

….Untuk berita lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak setiap hari

Suara Sarawak