ARTIKEL

Penduduk digesa pindah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BOGOTA: Pihak berkuasa di Colombia pada Sabtu mengesyorkan supaya bandar yang paling hampir dengan gunung berapi aktif agar dipindahkan, sebelum kemungkinan letusan berlaku.

Menurut Pejabat Pengurusan Risiko Bencana, ia sedang bergerak untuk memindahkan komuniti yang terletak dalam jarak 15 kilometer dari tiga kawah utama gunung berapi Nevado del Ruiz di Andes Colombia.

Aktiviti seismik meningkat di gunung berapi itu, yang meragut nyawa 25,000 orang dalam letusan pada 1985.

Letupan 1985 itu adalah bencana alam terburuk dalam sejarah Colombia dan salah satu letusan gunung berapi paling maut pada abad ke-20.

“Baru-baru ini terdapat peningkatan ketara dalam aktiviti seismik,” kata Kementerian Perlombongan dalam satu kenyataan, manakala perkhidmatan geologi SGC Colombia memberi amaran akan kemungkinan letusan dalam beberapa hari atau minggu.

Puncak setinggi 5,300 meter di barat Colombia itu adalah salah satu daripada banyak gunung berapi di sepanjang Lingkaran Api Pasifik yang dicirikan mempunyai gunung berapi aktif dan gempa bumi yang kerap.

Pada 13 November 1985, ia meletus dan mengeluarkan terlalu banyak haba sehingga mencairkan salji yang menutupi gunung itu.

Baca lain  Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan

Hal ini mencetuskan aliran dinding lumpur yang menelan bandar Armero, membunuh separuh daripada 50,000 penduduknya.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,