ARTIKEL

Penduduk gempar jumpa mayat bayi dalam tandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JERTIH: Penduduk sekitar kawasan Rumah Awam Pengkalan Nyireh di sini gempar susulan penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tandas sebuah surau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mayat bayi itu dijumpai oleh beberapa penduduk kawasan itu yang terhidu bau busuk dari dalam salah satu tandas surau berkenaan pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata beberapa orang awam kemudiannya masuk ke dalam tandas itu untuk memeriksa dan mereka menemukan satu baldi berwarna merah dalam keadaan telungkup di lantai tandas.
“Saksi kemudian membuka baldi itu dan ternampak mayat bayi di dalam plastik warna jernih, lalu mereka memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) surau yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemeriksaan oleh sepasukan pegawai serta anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu mendapati mayat bayi perempuan itu dalam keadaan cukup sifat, dan tiada kecederaan ketara dikesan pada mayat.

“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau, bayi itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam,” katanya dan menambah mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Abdul Rozak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial