ARTIKEL

Pasukan polis membantu mengangkat mayat sebelum menjalani proses pengecaman. – IPD Meradong

Penduduk gempar penemuan mayat terapung di Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Penduduk Bintangor dikejutkan dengan penemuan mayat dalam keadaan terapung di tengah Sungai Sian, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemukan pada jam 10.00 pagi oleh kakitangan feri sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Pasukan polis membantu mengangkat mayat sebelum menjalani proses pengecaman. – IPD Meradong

Katanya, sejurus menerima laporan itu pasukan polis terus bergegas ke lokasi.

“Mayat kemudiannya di hantar ke Sibu untuk pengecaman berikutan terdapat laporan kes orang hilang.

Bagaimanapun, proses itu gagal berikutan keadaan fizikal mayat yang sudah kembung dan reput.

“Sebagai tindakan susulan, kita mengambil contoh DNA untuk mengetahui identiti sebenar mayat berkenaan,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat tersebut.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim