ARTIKEL

Kebakaran melibatkan longgokan sampah dan barangan usang di rumah kedai tiga tingkat di bandar baru Tanjung Manis. -  PGO Bomba Sarawak

Penduduk gempar, rumah kedai tidak berpenghuni terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TANJUNG MANIS : Orang ramai gempar apabila sebuah rumah kedai tiga tingkat yang tidak berpenghuni di sini, tiba-tiba terbakar, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam satu kenyataan berkata, kejadian disedari penduduk yang kebetulan berada di lokasi sebelum bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Insiden kira-kira jam 3.00 pagi itu katanya, melibatkan bahagian dalam bangunan berkenaan yang mengandungi longgokan sampah dan barangan usang.

“Kita menerima panggilan kejadian ini pada jam 3.10 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman,” katanya. 

Setibanya di lokasi katanya, bomba mendapati kejadian melibatkan sebuah rumah kedai yang tidak berpenghuni dan dipercayai sudah lama ditinggalkan.

Sebagai tindakan susulan ujarnya, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran dua nozel jentera sebelum berjaya mengawal api pada jam 5.08 pagi.

“Kita juga melakukan pemantauan susulan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum mengakhiri operasi,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU