Penduduk Kampung Baru Daro dapat surau baharu

DARO: Penantian penduduk Kampung Baru untuk menikmati surau baharu akhirnya kesampaian apabila rumah ibadat itu siap sepenuhnya enam bulan lagi.

ADUN N.43 Daro, Safiee Ahmad berkata, surau yang bernilai RM630 ribu itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang cukup selesa untuk jemaah.

Menurutnya, berita gembira itu pasti melegakan penduduk setelah sekian lama menanti dan menggunakan surau sementara.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama semua pihak supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan siap mengikut jadual,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Beliau berkata, kewujudan surau tersebut merupakan salah satu lagi usaha kerajaan bagi menambahkan kemudahan untuk manfaat rakyat.

Apabila siap sepenuhnya nanti katanya, surau terbabit dijangka mampu menampung kira -kira 200 jemaah dalam satu-satu masa.

“Saya berharap penduduk memanfaatkan sepenuhnya surau ini untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

“Jadikannya sebagai platform untuk menyemarakkan program keilmuan, menyatu padukan masyarakat khususnya golongan muda. Usaha ini juga selaras dengan matlamat kita untuk memperkasakan ummah,” tambahnya.

Safiee melihat rekabentuk surau kampung Baru Daro.

 

Safiee menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau baharu..

 

Satu lagi kemudahan yang bermanfaat untuk rakyat.

Suara Sarawak