ARTIKEL

Penduduk kampung ditangkap melepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seramai 28 orang dari beberapa buah kampung di sini ditangkap kerana melepak pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah dari Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Koran Empaneg dan Kampung Payau Achau.

“Mereka berkumpul bersembang di tepi jalan dan pelbagai alasan tidak munasabah diberikan apabila disoal siasat oleh polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya tindakan tegas terpaksa diambil apabila ada segelintir masyarakat yang masih ingkar PKP.

Sementara, Aswandy berkata pelaksanaan penguatkuasaan PKP di sini melibatkan polis, tentera dan Rela.

Katanya sebanyak tiga sekatan jalan raya dijalankan bagi mengawal pergerakan orang awam, selain rondaan MPV dan trafik di kawasan bandar termasuk kampung.

“Pasukan pemantau dan tangkapan juga ditubuhkan bagi mengambil tindakan segera sekiranya ada penduduk-penduduk yang masih berdegil serta berkumpul dan mengingkari PKP,” katanya.

Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac, beliau berkata polis Serian telah membuat tangkapan ke atas seramai 42 orang.

Individu dari beberapa kampung di Serian yang ditangkap kerana melepak di tepi jalan.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road