ARTIKEL

Penduduk lega, jalan alternatif bakal siap atasi kesesakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penduduk Batu Kawah yang sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kini menarik nafas lega apabila jalan alternatif baharu bakal dibina dari Jalan Ensing Timur ke persimpangan Jalan Datuk Tan Men Chong.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, projek itu mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan ini terutama pada waktu kemuncak.

“Kawasan ini dalam pembangunan pesat dan sering berdepan kesesakan aliran trafik.

Justeru, kerajaan mengambil inisiatif untuk membina jalan alternatif bagi memudahkan lalu lintas dari kawasan perumahan ke jalan utama selepas mendapat maklum balas daripada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan tender projek Jalan Alternatif Baharu Dari Jalan Ensing Timur ke Persimpangan Jalan Datuk Tan Men Chong melibatkan kos RM2.02 juta di tapak projek tersebut di sini, semalam.

Berita lanjut dalam epaper STSS secara percuma di : https://stssapp.com/

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU