ARTIKEL

Mohamad Duri (duduk atas bangku, tengah) serta tetamu bergambar bersama penduduk selepas penyerahan borang keahlian Parti PBB DUN Kalaka pada Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2024 di Rumah Panjang Rengan, Selambong.

Penduduk lima rumah panjang serah borang keahlian Parti PBB Kalaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pertambahan keahlian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menunjukkan rakyat menerima dasar yang dibawa serta diperjuangkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai tulang belakang Kerajaan Sarawak.

Ahli DUN (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata beliau mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakyat dalam PBB.

Menurutnya, satu lagi sejarah tercipta apabila penduduk di lima rumah panjang mengesahkan penyertaan mereka untuk menjadi ahli Parti PBB.

“Terima kasih kepada penduduk di Rumah Panjang Rengan Selambong, Rumah Panjang Anau, Rumah Panjang David, Rumah Panjang Ambang di Entebu, serta Rumah Panjang Nyawai Tinting, Jelai.

“Dengan penyertaan mereka, keahlian Parti PBB di kawasan DUN Kalaka semakin bertambah.

“Ini membuktikan dasar perjuangan Parti PBB dan GPS diterima, seterusnya menandakan sokongan padu serta kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Parti PBB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2024 di Rumah Panjang Rengan yang turut diselitkan dengan acara simbolik penyerahan borang keahlian Parti PBB DUN Kalaka.

Sebelum ini, jelasnya, penduduk di Rumah Panjang Ikom, Senyawan dan Rumah Embol, Sungai Anak, turut menyatakan sokongan penuh kepada Parti PBB.

“Sokongon padu masyarakat di rumah panjang amat penting.

“Sebagai wakil rakyat, saya sedaya upaya memenuhi setiap permohonan bagi membalas sokongan rakyat.

“Komitmen saya untuk memastikan setiap kawasan diberikan tumpuan walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat,” ujarnya.

Mohamad, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti PBB, mengajak semua pihak untuk menjaga keharmonian serta kemakmuran antara kaum dan agama di Sarawak.

“Dengan rakyatnya bersatu hati di bawah Kerajaan Sarawak, usaha membangunkan Sarawak amnya dan luar bandar khususnya dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Slogan ‘Segulai Sejalai’, ‘Sarawak Maju Makmur’ dan ‘Utamakan Sarawak’ adalah kekuatan yang harus difahami semua.

“Saya percaya, pucuk pimpinan kerajaan mahupun parti tidak bercakap kosong soal membawa Sarawak ke tahap lebih tinggi,” tambahnya.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut telah disaksikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom.

Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB Kalaka merangkap Exco Pergerakan Pemuda Sarawak, Kaunselor Kasdi Pandi, dan Setiausaha Parti PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad, turut hadir sama.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri