Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Penduduk perlu peka norma baharu yang sedang berlaku pada masa kini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dino menyerahkan risalah Pematuhan SOP sempena Gawai Dayak kepada Tuai Rumah Endawie.

BINTULU: Sambutan Hari Gawai pada 1 Jun ini hanya di benar diraikan sehari sahaja dengan tiada aktiviti ziarah atau ‘ngabang’ diadakan.

Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), sambutan hanya dibenarkan kalangan ahli keluarga ‘sebilik’ sahaja.

“Bagi yang tinggal di rumah panjang, sambutan hanya dibenarkan kalangan keluarga sebilik (satu unit kediaman dalam rumah panjang) sahaja, katanya selepas mengadakan lawatan pemeriksaan dan Pematuhan SOP di tiga rumah panjang di sini, semalam.

Dino meluangkan masa berbincang isu semasa bersama Tuai Rumah Galin.

Antara rumah panjang yang dilawati masing-masing Rumah Galin Andam di Batu 8 Jalan Bintulu-Miri Rumah Endawie, KM 17 Jalan Bintulu-Miri dan Rumah Robert Pengabang, Sebungan, Sebauh.

Beliau berpuas hati dengan persediaan serta pematuhan penduduk di tiga rumah rumah panjang terbabit dalam mematuhi SOP yang digariskan.

Pemeriksaan di ketiga-tiga rumah panjang terbabit mendapati Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) mematuhi SOP yang digariskan dengan menyediakan imbasan kod QR Mysejahtera, alat pemeriksa suhu, cecair pembasmi kuman serta buku untuk merekod nama penduduk dan pengunjung.

Senario Ini jelas menunjukkan penduduk rumah di ketiga – tiga rumah panjang terbabit peka dengan situasi semasa sekali gus membudayakan norma baharu dalam rutin harian mereka usaha kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan rantaian wabak Covid-19 di bahagian Bintulu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru