Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Penduduk PKPD di Tabuan Melayu terima 7.5 tan makanan segar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Penduduk Kampung Tabuah Melayu yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 16 Julai lalu menerima 7.5 tan lagi makanan segar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia melibatkan penduduk di enam kampung terlibat iaitu Kampung Tabuan Lot, Tabuan Tengah, Tabuan Hilir, Tabuan Dani, Tabuan Cemerlang dan Tabuan Lama.

“Pegawai saya di Kuching sentiasa memantau dan berkomunikasi dengan wakil kampung, kami akan cuba memberikan bantuan terbaik bagi memastikan keperluan asas penduduk sentiasa mencukupi dalam tempoh yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Wan Junaidi memberitahu Pusat Khidmat Parlimen Santubong sudah mengagihkan bantuan makanan berjumlah keseluruhan 17.5 tan kepada 2,500 keluarga melibatkan 10,000 penduduk setakat ini.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan