ARTIKEL

Penduduk Pusa teruja untuk jumpa Abang Johari esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Penduduk Kampung Pusa mengharapkan buah tangan ‘besar’ daripada pemimpin nombor satu Sarawak yang dijangka bertandang ke Kampung Pusa pada esok (Jumaat) dalam satu siri lawatan rasmi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan program Rindok Digital @ Pusa selain mengadakan pertemuan dengan wakil masyarakat di sini.

Ketua Penerangan PBB Beting Maro Ramzi Rasit memberitahu, rakyat di kawasan ini begitu teruja dengan kehadiran Abang Johari.

“Kami amat terharu mendengar perkhabaran tentang kunjungan Ketua Menteri ke bumi bertuah ini.

“Sesungguhnya kami amat mengalu-alukan kedatangan beliau, orang kata kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

“Seperti kelaziman, kami berharap ada ‘sesuatu’ yang besar di bawa bersama untuk orang Pusa,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Dalam pada itu jelasnya, penduduk turut mengharapkan segala isu serta permasalahan yang sering dibangkitkan turut diberikan perhatian.

“Misalnya melibatkan isu bekalan air, bangunan baharu Pejabat Daerah Pusa selain kehendak penduduk terhadap penyediaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), naik taraf Klinik Kesihatan Pusa, begitu juga projek pembesaran kampung dan pembangunan semula perumahan yang terbengkalai serta banyak lagi.

“Ini semua keperluan-keperluan yang diharap dapat diberikan perhatian selari dengan status Pusa sebagai Daerah Penuh,” ujarnya.

Dengan kedatangan Abang Johari juga, Ramzi mengharapkan ia dapat meyakinkan penduduk di daerah ini agar terus menyokong Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pusa dipilih sebagai lokasi kedua penganjuran Rindok Digital oleh Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) selepas Simunjan yang akan diisi dengan pelbagai program menarik.

BERSAMA KM… Pelbagai program menarik disusun atur untuk pengunjung yang hadir memeriahkan program Rindok Digital @ Pusa yang akan berlangsung di Dataran Tandang Sari pada 7 sehingga 9 Februari depan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga