Trending

Penduduk Rumah Impu Sungai Buloh diancam tanah runtuh 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KEADAAN bahagian belakang kedua-dua rumah yang mengalami kemendapan tanah yang berisiko kejadian tanah runtuh.

SIBU: Penduduk di Rumah Impu di Sungai Buloh, Selangau di sini, dalam keresahan susulan berlaku runtuhan tanah di belakang rumah panjang mereka malam tadi.

Runtuhan tanah disebabkan oleh hujan berterusan itu telah merosakkan bahagian belakang dua rumah yang dihuni 15 penghuni dari dua buah keluarga.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya semalam berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.18 malam.

Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota yang diketuai PBK II Bonnie Sera beserta sebuah jentera FRT bergegas ke lokasi yang dimaklumkan bagi pemantauan.

“Setibanya pihak bomba di lokasi yang dilaporkan, terdapat tanah runtuh berlaku di bahagian belakang (tandas) rumah berkembar berkenaan yang menyebabkan satu tiang rumah berkenaan tergantung.

“Menurut pemilik rumah berkenaan yang dikenali Imas Banja kejadian disedari berlaku sekitar jam 8 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” ujar beliau.

Justeru, pihak bomba hanya membuat pemantauan serta mendapatkan maklumat dan menasihati penghuni supaya berpindah ke rumah saudara bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Mengikut laporan bomba, rumah pertama didiami oleh 10 orang manakala rumah kedua dihuni seramai lima orang dan tiada kemalangan jiwa direkodkan.

KEADAAN bahagian belakang kedua-dua rumah yang mengalami kemendapan tanah yang berisiko kejadian tanah runtuh.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol