ARTIKEL

CERIA...Awla Dris (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan dokumen membabitkan kedua-dua pihak.

Penduduk Rumah Panjang Ensengei ceria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Rumah Panjang Ensengei Iban dengan 47 pintu di sini siap sepenuhnya dan lebih selesa.

Majlis simbolik penyerahan projek siap rumah panjang terbabit berlangsung semalam dan disempurnakan oleh pihak kontraktor, Tuchong Naning Sdn. Bhd. kepada Tuai Rumah Panjang Kampung Ensengei Iban, Minchong Pakal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simunjan, Awla Dris berkata, pembinaan projek rumah panjang terbabit tertangguh sebelum ini berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Projek yang menelan belanja RM1.192 juta itu bermula semula tahun lepas dan dilaksanakan oleh pihak kontraktor Tuchong Naning Sdn. Bhd.

“Projek 47 pintu ini melibatkan peruntukan RTP Adun dan peruntukan khas yang diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujar beliau.

Dedahnya, timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan pada peringkat awal pelaksanaan projek tersebut oleh pihak kontraktor sebelum ini.

“Kita bersyukur kerana projek pembinaan rumah panjang ini dapat disiapkan

“Saya kagum dengan kesabaran penghuni rumah panjang ini meskipun terpaksa berdepan masalah kelewatan pembinaannya,” jelas Awla.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu membuktikan kerajaan sentiasa mendahului keperluan rakyat

“Saya percaya siapnya pembinaan rumah panjang terbabit disifatkan sebagai hadiah paling bermakna buat penghuni berkenaan untuk menyambut kehadiran Gawai Dayak pada Jun nanti,” tambah Awla.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)