ARTIKEL

Penduduk rumah panjang tidak terpinggir, utamakan penjagaan kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Hampir 200 penduduk rumah panjang menjalani pemeriksaan mata dan kesihatan menerusi projek Penjagaan Penglihatan oleh Yayasan Sarawak Oil Palms (SOP) pada baru-baru ini.

Antara penduduk yang terlibat adalah dari Rumah Andam Wing, Rumah Juan Suim dan Rumah Libau Usang.

Aktiviti sempena Hari Penglihatan Sedunia itu diadakan di Rumah Andam di Suai yang turut mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri, Klinik Kesihatan (KK) Bekenu, KK Batu Niah, KK Suai Tegageng dan Spec Shop Sdn Bhd.

Pengurus Kanan Estet SOP Shoffian Jalil berkata, projek ini diadakan bertujuan membawa kemudahan perubatan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman khususnya di kawasan operasi SOP.

“Kami (SOP) tidak berbelah bahagi untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kualiti hidup bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan operasi SOP.

“Melalui projek ini, ia terbukti bahawa SOP memainkan peranan penting dalam pengurangan risiko buta atau masalah penglihatan lain yang boleh dicegah dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, seramai 157 penduduk di kawasan terlibat, yang berdepan masalah kesihatan trut mendapat sumbangan cermin mata.

Mula dilaksanakan pada 2013, projek ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat serta mengurangkan risiko serta mencegah masalah penglihatan termasuk dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak.

Selain itu, SOP kekal komited menyumbang secara aktif kepada pembangunan masyarakat setempat dengan menganjurkan pelbagai program sokongan ekonomi dan sumbangan sosial.

Inisiatif ini merangkumi pelbagai bidang, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan bencana dan banyak lagi.

Dedikasi SOP terhadap kesejahteraan masyarakat setempat mencerminkan komitmen berterusannya untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian