ARTIKEL

Penduduk Satok terima agihan bubur pedas sempena Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 500 pek bubur pedas dan bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan Dun Satok sempena bulan Ramadan yang hampir sampai ke penghujung.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Kejiranan Mesra (KJM) Satok ini turut dirasmikan Adunnya, Datuk Ibrahim Baki.

Ibrahim ketika ditemui pemberita

Beliau turut memuji usaha yang dilakukan dalam menganjurkan program seumpamanya pada bulan yang mulia ini.

“Besar harapan agar program ini sentiasa diteruskan bagi mengukuhkan lagi tali persaudaraan antara masyarakat, terutama sekali pada bulan Ramadan ini.

“Pada masa sama, kita juga dapat memupuk sikap kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program pengagihan bubur pedas di Surau Nurul Islam, Kampung No. 5 di sini, hari ini.

Untuk rekod, bubur pedas telah diagihkan oleh pihak DBKU, manakala pengagihan bubur lambuk oleh pihak Adabi.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM10,200 untuk diagihkan kepada 51 asnaf di sekitar kawasan tersebut.

Selain, turut menyaksikan penyerahan bahan makanan kering kepada 21 asnaf di sini tajaan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri