Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Penduduk sekitar Kapit dijangka alami gangguan bekalan air hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Letupan pada transformer pada panel kawalan bagi relift pump loji lama akan di baik pulih pihak JBALB dan kontraktor.

KAPIT: Penduduk sekitar Kapit adalah dimaklumkan berlaku gangguan bekalan air bermula hari ini di beberapa kawasan dan kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Kapit menerusi satu notis memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di kawasan Selirik, Perumahan Bukit Selirik, Taman Gelong, Taman Ixora, Taman Perumahan Polis dan kawasan perumahan tinggi.

“Punca gangguan ialah dari berlakunya letupan pada transformer pada panel kawalan bagi relift pump loji lama dan sehingga kini loji lama menggunakan standby relift pump untuk menjalankan operasi.

“Buat masa sekarang pihak JBALB masih menunggu alat gantian dari Sibu bagi mengantikan alat transformer yang terbakar tersebut dan kerja-kerja pembaikpulihan tersebut akan dilakukan oleh JBALB dan kontraktor yang telah dilantik,” jelas kenyataan tersebut.

Pihak JBALB akan memastikan kerja-kerja dilakukan secepat mungkin dan memohon semua penduduk yang terlibat menyimpan bekalan air secukupnya pada waktu bukan puncak agar dapat digunakan pada waktu gangguan berlaku.

“Segala kesulitan yang berlaku amatlah dikesali dan pihak JBALB memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Baca lain  Ketibaan pengunjung ke Sarawak catat peningkatan positif

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai JBALB yang bertugas DWE, Andres Inchatekoster di 0168795047, ADWE, Frezzal Faisal di 0102952523 dan We, Dominic Galau di 01119860412 untuk maklumat lanjut,” tambah kenyataan tersebut.

Letupan pada transformer pada panel kawalan bagi relift pump loji lama akan di baik pulih pihak JBALB dan kontraktor.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru