ARTIKEL

Penduduk terkejut jumpa mayat di tanah perkuburan Cina Jalan Kelupu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Penduduk di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tempatan di dalam kawasan tanah perkuburan Cina Jalan Kelupu di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Polis (DSP) Sekam Anoi yang mengesahkan perkara itu berkata, mayat lelaki berusia 50 tahun itu ditemui oleh penduduk kira-kira jam 10 pagi sebelum bergegas menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Berdasarkan kad pengenalan dan kad kesihatan yang ditemui di lokasi katanya, mayat  seorang lelaki bangsa Cina yang berasal dari Sibu. 

“Lelaki itu dipercayai baru meninggal dunia dalam tempoh tiga hingga empat jam yang lepas. Mayat kemudian telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk dibedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian

“Kita juga telah menghubungi anggota terdekat mangsa untuk tujuan pengesahan ,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan penemuan mayat itu memandangkan kes masih dalam siasatan. 

Buat masa ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU