Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Penempatan, jalan raya baharu di Ensengei

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada asnaf melalui ketua masyarakat dan ketua kaum, ketua-ketua ranting PBB dan masjid serta surau di bawah Zon Pangkor, Daerah Gedong.
Abang Johari menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada asnaf melalui ketua masyarakat dan ketua kaum, ketua-ketua ranting PBB dan masjid serta surau di bawah Zon Pangkor, Daerah Gedong.

GEDONG: Kerajaan telah meluluskan penempatan baru penduduk Kampung Ensengei di sini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, katanya jalan raya baharu dari Ensengei ke Kota Samarahan melalui Lubuk Pungor turut diluluskan.

Malah, beliau berkata makmal pertanian padi dan beras usaha sama kerajaan Sarawak dan Universiti Swinburne juga akan dibangunkan di daerah ini.

Abang Johari menyatakan demikian dalam amanat ringkasnya ketika berbuka puasa dan menunaikan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama penduduk Gedong di Masjid Nurul Huda, Kampung Ensengei di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada asnaf melalui ketua masyarakat dan ketua kaum, ketua-ketua ranting PBB dan masjid serta surau di bawah Zon Pangkor, Daerah Gedong.

Turut hadir ADUN Simunjan Awla Idris, ADUN Sadong Jaya Aidil Lariwoo, wakil khas Premier Sarawak di DUN Gedong Datuk Mohd Naroden Majais dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari berbuka puasa bersama penduduk Gedong di Masjid Nurul Huda, Kampung Ensengei, Gedong semalam.
Abang Johari menunaikan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama penduduk Gedong di Masjid Nurul Huda, Kampung Ensengei, Gedong semalam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru